Islamic Widget

Rabu, 30 Jun 2010

TERBAIK UNTUKMU....

Nukilan ini aku tujukan kepada Isteriku yang tercinta....Dia merupakan seorang insan paling istimewa kepada diriku....Bisnes ini juga aku bina hanya untuk meluahkan rasa kasih dan sayangku yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbananya menyayangi dan menjagaku dan juga penat lelahnya membesarkan anakku... Tiada apa yang dapat aku berikan kepadanya hanyalah janji setia dan juga kepercayaanku yang tidak berbelah bagi kepadanya....Aku sentiasa menyokong untuk dia menceburi bidang perniagaan ini yang mana bagiku amat mencabar untuk didukung oleh seorang wanita....tiada apa yang aku minta ....hanya ingin melihat perniagaan ini berkembang maju dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.....kepada pelanggan Qaseh Ayuha yang banyak memberi sokongan kepada kami saya mengucapkan berbanyak Ribuan Terima Kasih........Semoga Perkahwinan anda semua direstui dan kekal hingga ke Akhirat......Kunci untuk kekal bahagia hanyalah jika mempercayai diantara pasangan dan juga sentiasa berdoa kepada Allah.....Sekian sahaja nukilanku akhir kata SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN PENGANTIN YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA CUTI SEKOLAH TEMPOH HARI DAN JUGA KEPADA ISTERIKU SEMOGA PERNIAGAAN INI TERUS MAJU DAN LAKUKAN TERBAIK UNTUK PELANGGAN PADA MASA MENDATANG......I LOVE U SO MUCH